Ok harini Sya nak berkongsi pula tentang Warna Aura Diri atau dikenali juga sebagai Colour Vibration Therapy(CVT). Pengasas kepada CVT ini ialah Prof. Emeritus Dr. Sir Norhisham Wahab.
Sya tahu tentang CVT ni dari Sekolah Menengah lagi iaitu pada tahun 2009. Tujuan kami diperkenalkan dengan CVT ni sebab nak tahu apa kekuatan diri dan kekuatan deria yang boleh memudahkan kami untuk belajar memandangkan pada tahun itu Sya dan kawan-kawan perlu mengambil peperiksaan STAM.
Pada mulanya cikgu menyerahkan hardcopy Warna Aura Diri tersebut dan meminta kami melihat dan memilih warna aura diri yang mana lebih mewakili diri kami mengikut ciri-ciri setiap warna tersebut.
So, setelah meneliti setiap ciri-ciri warna tersebut, hati Sya kuat mengatakan warna aura diri Sya ialah warna Pink.
Untuk mengenalpasti warna aura diri ini telah dilakukan oleh cikgu Sya sendiri dengan menggunakan kaedah Applied Kinesology. Setelah membuat pemeriksaan, hasilnya sama seperti tekaan Sya tadi iaitu warna pink untuk warna luaran dan warna putih untuk warna dalaman. Tetapi warna yang lebih mempengaruhi diri kita ialah warna luaran.
Berikut Sya sertakan ciri-ciri untuk 4 Warna Aura Diri tersebut untuk perkongsian kita bersama.

No comments:
Post a Comment